STATUS UPDATED!
Alhamdulillah. SPM dah habis
Belog Capital NFN : October 2012
Warning ! You have stepped onto ARETIENLIKEPINK.Follow me and leave a tag │FollowDashboard

Rilakkuma

CapitalNFN | 10/24/2012 09:28:00 pm | 0Comments |

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. :D
Selamat malam , Salam dunia dan salam Satu Malaysia.
Hehe,. Tak pernah update blog malam2 cenggini (malam masih muda) :D Maklumlah, Esok cuti. Yeay! Raye! Makan sodap2 lagi ni :) Weheeee..
Sebenarnya tujuan hapdet malam-malam cenggini sebab nak bagi tahu yang blog kita dah bertukar wajah! Yeay! Ada rilakkuma lagi tu. Cer kira ada berapa. Siapa dapat teka dengan betul Atien bagi header free Dan yang TERPANTAS :D Betul ni. Tak tipu meyh :) Soalan senang gila ni..

Rilakkuma diimport dari KOREA tau! XD Hahaha. Atien buat dari pukul 5 tadi siap kul 8 tadi. Download sana sini, upload sana sini then siap dalam kul 9.15 tadi :) Semad pulak warna coklat. First time buad skin blog warna coklat :) Lawa jugak warna coklat :D Hehehe.. Agak-agak korang bagi berapa bintang?? *Bintang-bintang berkelipan*nyanyi (~.~)~~

Okay lah. Mata pun semakin lama semakin kecik ni. Lama sangat hadap komputer ni :)
Atien buat skin ni guna --------------

Edit guna
1. photoshop
2. photoscape

Upload di
1.photobucket

Sekian. Terima kasih :)) 
Assalamualaikum

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Skinny jeans And Mom

CapitalNFN | 10/12/2012 04:35:00 pm | 0Comments |

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab korang ohsem XD Eh? Macam pernah dengar je? Hehe. Sebelum tu, boleh cuci mata dengan gambar Skinny jeans Slight Curve ni.



Dah puas? Apa? Tak puas?? Search pakcik google sendiri ek? LOL. Okay, Atien teringin sangat-sangat nak ada Skinny jeans Slight Curve ni. Sebab Atien tak penah ada pun The Skinny jeans Slight Curve ni.. Sebab? Mahal lah. Tak mampu. But! Kali ni bila nampak je jeans ni WAJIB mintak dekat parent.. Kalau Kak Lyssa mampu lah XD Pasni nak exercise banyak-banyak lah. Nak pakai seluar ni :D Atien paling suka dua kaler ni. Hitam dengan Merah. Agak-agak kalau beli dua sekali gus ada yang nak belanja tak? LOL. Bila tengok entry kak Lyssa ( Sini ) terus sepantas kilat minat dekat jeans ni. Ini termasuk dekat List barang shopping nanti XD EH?! Sejak bila aku ada list untuk shopping ni?!! Apa-apa je la. 

Mase tu tengok MadMarket dekat Tv9 shopping dekat Bandung. Then dia shopping pasal JEANS. OMG. Jelly sangat. Dia kata kat situ murah2. Bila mintak dekat mak nak kirim sapa2 yang nak pergi bandung nak seluar ni, Mak kata, "Ingat kat sini tak de ke?" Oh? Memang lah ada. Tapi dia kata kat sana murah. Then mak kata "apa kat sini tak boleh beli ke? Nanti bulan 12 shopping beli lah satu " Yeayyy! But lama sangat tunggu bulan 12. And the place was at the Centerpoint dekat Klang lah. Mana lagi. Bila difikir2 kan, kat situ ada ke seluar yang aku nak ni? Masih terfikir sampai sekarang.

Cakap pasal mak ni, sekarang ni mak tak nak cakap dengan kite :') Semua ni berpunca dari Atien gak. Semalam tak tolong mak basuh baju. :( Selalu Atien tolong. But kali ni Atien tak tolong. Sebab time tu Atien tengah baca buku sebab esoknya nak exam. Semalam mak asyik tengking2 kite je. Sampai sekarang mak tak cakap dengan kite. Tadi kita tanye pun mak buat tak dengar. Mak, kite sedih tau mak. Sakit sangat. :') Terima kasih sangat untuk sakit ni. But Atien tahu, sakit kite tak sesakit hati mak sekarang ni. Atien redha je mak. Thank you very much. I Love You  heart  heart

Assalamualaikum :D
Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Pantun jenaka

CapitalNFN | 10/08/2012 01:37:00 pm | 0Comments |

Actually, tajuk post ni ada sikit-sikit berkaitan dengan post ni.(Apa yang kau merepek ni Cik Fatin oi?Namanya pun tajuk post, mestilah ada kaitan dengan post. Macam mintak flying kick je.!) Dari malam semalam asyik berpantun je. Syai punya pasal lah ni.. Berpantun-pantun kat aku. Sampai sekarang ketagih. Pantun kiteorang ni langsung tak de kaitan dengan pantun tradisional. Ni pantun semua buat sendiri. LOL. Eh? Lawak sangat ke Cik Patin oi?

*Tekan untuk tumbesaran*

Antara pantun nya ialah
  • pak ali pak esah,ade aq kesah (syai)
  • Pak ali jual kuali, ade aku peduli?? (Atien)
  • buat kek guna butter,what ever (syai)
  • dua tiga ayam berkepak, eh? dah lama tak makan penyepak?? (Atien)
  • siang malam baca buku,berani ke nak penyepak aku (syai)
  • ikan keli ikan siakap, kalau tk berani baik ta yah cakap! tiap hari susun meja, eh?! aku berani je! (Atien)
Buat sementara ni tu je pantun yang kami reka. LOL. Rasanya ada lagi kot? Sebab Syai belum balas lagi :D Kalau Nurul Amira ada comfirm berjela2 pantun kitaorang. HAHA. Okayla. Assalamualaikum :D

Post ni sekadar suka-suka sebab saya suka suka suka. (Bukan sama ke tu?)
Harap maaf. Saya kurang sihat sikit disebabkan berpantun2 dengan Syai :D
Assalamualaikum :D


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

CapitalNFN | 10/06/2012 12:32:00 pm | 45Comments |
Biji Durian tercekik dekat Halkum, Assalamualaikum :D
Pagi-pagi dah berpantun-pantun pulak. Eh? Pagi ke? Bukan tengah hari ke? Apa-apa lah. Asalkan pagi, belum petang/malam lagi :D Tadi tengah syok-syok blogwalking , sampai ke blog kak Lysaa, terjumpa pulak Segmen Kak Lyssaa ni :D Teruja pulak nak masuk. Sebab sebelum ni tak pernah join mana-mana segmen. Nama segmen ni seperti yang anda semua tahu, Segmen Kenapa Aku Berblog?.. Sebelum tu nak tepek banner segmen ni sekejap..
Taraaa.. Omo. Comelnya kak Lyssaaaaa 
(kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la .. )

Yang atas ni Kak Lyssa suruh saya/awak semua jawab/ceritakan :D And yang bestnya ialah Kak Lyssa suruh "Apa yang terkeluar kat otak korang , korang muntahkan balik dalam entry ." Ngee. Nanti bila tulis ada orang yang termuntah pulak :D LOL..

Okay, Jawapan saya ialah--------------------------------
Saya berblog ialah untuk menceritakan pengalaman, meluahkan perasaan (But yg ni tak selalu buat), menambahkan lagi ke'kreatif-an untuk mendesign blog,membuat banner,header dll , dan juga menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang IT. Saya mula membabitkan diri dalam berblog ni bila tengok dekat pesbuk ramai post pasal blog diaorang. bila tengok, semuanya lawa-lawa. Then, terdetik dihati nak memiliki blog secantik mereka :D Bila buat, memang tatau apa-apa pasal coding, header , footer dan lain-lain. The resolution nya ialah guna blogskin je. Bila dah guna, try lah main-main dengan code. Bila dah mahir, try guna Denim template. Dah Pulok. Lain pulak codenyaa. Bila try search tutorial bla bla bla, jumpa blog akak(Blog Kak Lyssa lah!). Manyak gila tutorial. Mula2 bookmark pastu tak lama lepas tu follow. Sebab? Blog akak memang superbbb! Supa Dupaa Ohsemmmm!

Hmm, untuk soalan apa yang menariknya tentang blog saya ialah.......................................................(sepuluh minit berlalu)..............(masih tiada idea).......................................(dan akhirnya)........................................................................................ Apa yang menariknya ialah pandai-pandai lah korang pikirkan. (Nak kena hempuk budak ni) Lol. Lek luuuu. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Nak cakap blog saya ni cantik dan bla bla bla nanti ada orang tak suka karang. Terus tak ada yang nak masuk/melawat blog saya ni. Saya membenarkan anda semua komen tentang blog saya ni..
(Karangan anda hendaklah tidak kurang dari 130 patah perkataan)
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Sumber inspirasi saya dalam dunia blogging ialah tentunya Kak Lyssa. Dan juga Akak Fatin Liyana :D (nama sama macam saya>.< FATIN gituu) Dua orang ni memang hebat dalam dunia blogging. Akak Lyssa hebat dengan tutorial nya dan juga mahir bab-bab coding. Akak Fatin Liyana pulak hebat dengan post-postnya. Kebanyakan postnya tentang traveling. Suka baca blog akak FL. Korea :D Impian saya adalah nak travel pergi KOREA. :D Nak beli barang2 yang ciut miut dekat sana.. Ammaaa, belanja saya travel ke KOREA boleh?? Huaaa.. Impian saya yang kedua ialah nak berkenalan dengan Akak lyssa dengan lebih dekat.. (Nak fon number boleh?) *Flying kick* Okay, gurau2...

Ni Kak Lyssa mesti dah bosan baca kan? Okay la. Saya stop sampai sini. Takut kak Lyssa dah tertidur depan lappy pulak :D Okaylah. Assalamualaikum :DD

Hok aloh, Kepada sesiapa nak join boleh pergi ke link ni--->  {LINK}

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Nyamuk Plus Happy Birthday!

CapitalNFN | 10/02/2012 05:49:00 pm | 0Comments |


Assalamualaikum :D

Hari ni Atien mengalami kejadian yang mengelikan. Eyuwwww. Seriously, menggelikan plus mengerikan. Okay, tadi time rehat dekat sekolah, Atien beli bihun sup sebab #OnlyInTheSmk_ _ bihun sup yang sangat sedap. But, selepas kejadian tadi, menyebabkan #OnlyInTheSmk_ _ bihun sup berlaukkan nyamuk. Sorry to say, warga smk_ _. MAAF sangat. Lepasni aku dah tamau beli bihun sup kat kantin. Bukan nak burukkan nama sekolah but ..... Sorry sangat T_T Mula - mula time gaul-gaul bihun sup tu tak ada pape. Bila dah makan 2 sudu terjumpa mahluk terbang yang suka mencari manusia untuk santapannya iaitu NYAMUK! Kawan Atien (Amira) tengok, firstly benda dia cakap adalah eyuuwww. Then dia buang. Pastu paksa aku makan. Sebab? Ayam banyak lagi woi. Dengan keterpaksaan, Atien makanlah jugak. Bila makan sekali, ada lagi nyamuk,. Tak guna! Malang betul nasibku hari ini. 

Maybe, mengikut firasat Atien, Nyamuk tu mesti dekat sup. Comfirm!! If bukan, mesti dekat cili kicap tu T_T. Atien sebenarnya ikut perangai mak sebab tak suka benda-benda yang agak menggelikan. Like, pegang ikan,sotong,kucing yang tak dimandikan dan lain-lain. Bila cerita dekat mak, mak geli pastu mak buat bunyi wekk. wekk. Adoi, teros termuntah balik. Habis khasiat-khasiat dari ayam KFC tadi. Belum hadam lagi pun. Adoiii. Tak GUNA!! Nak buat surat aduan jugak!! Pasni Atien taubat dah. Tamau beli makanan dari kantin. Woi. Meja kat kantin pun kadang-kadang tak dilap. Aigyoooo.. Teruknyaaaaaaaa.. The End cerita pasal nyamuk. Sekarang Atien nak cerita pasal Birthday pulak.

Happy Birthday DAYAH! Ngeee.. Kita bagi frame je... Tadi Atien hampir-hampir buat Dayah menangis. Sebab? Atien nak balik bila Dayah selesai potong kek. Sebab ayah Atien comfirm dah tunggu kat bawah. Janji 3.30. but time tu dah 3.35. Bila dah salam-salam, Dayah tanya, 

Dayah:Laaa. Dah nak balik ke Tin? tunggu lah. Makan kek dulu. 
Atien: alaa,, Tak yah lah. Ayah aku dah tunggu lah.
Dayah: Terus blah duduk tempat asal. Merajuk. Muka dah nak nangis.

Adoii.. Rasa bersalah menyelubungi diri ku.

Atien: Yela2. Cepat. Aku tunggu. 
Dayah: Yess.. Sabar2..(muka gembira)
(dialog atas ni (dayah) rekaan semata-mata)

Bila dah potong, nak bersuap-suap pulok. Adoi. Malu tokk. Sebab orang semua pandang. KFC tu.. Mula-mula Atien tolak sebab malu, pastu Dayah kata alaa.. Kalau tak makan tak boleh balik. Then, dengan perasan malu membuak-buak aku terima pelawaan tu. But, benda paling memalukan ialah, Pieka tangkap gambar Dayah suapkan aku. OMG OMG! Woi, jangan masuk pesbuk tau. Malu. Kawan pakwe Pieka pandang-pandang je. Adoii. Malu! Nasib baiklah aku dah salam semua orang sebelum tu. Lepas dia suap je Atien terus blah. Malu. Miera nak temankan tapi Atien tak bagi. Miera, Maaf tau. Maaf sangat-sangat. Aku tahu ko nak pastikan aku betul-betul balik, but aku tak bagi :D Maaf ek? Okay  lah. Panjang betul den bercerita. Comfirm tak ada orang baca. Tak pe lah, .Bye, assalamualaikum :D

P/S -> tengok tak fenomena pelangi halu tadi? Ala, pelangi bulat besar dekat keliling matahari? Seriously cuak pun ada...

Tinggalkan jejak anda dibawah ini :D

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.