STATUS UPDATED!
Alhamdulillah. SPM dah habis
Belog Capital NFN : Aku dah tak kuat..
Warning ! You have stepped onto ARETIENLIKEPINK.Follow me and leave a tag │FollowDashboard

Aku dah tak kuat..

CapitalNFN | 7/15/2012 12:53:00 pm | 0Comments |

Tumblr_m1rdv0e2wj1qavsfqo1_1280_large

Assalamualaikum, title Atien kali ni bukan sebab Atien sakit atau ape. Ini adalah entri meluahkan perasaan. Kalau anda tidak suka feeling2 ni.. Diharapkan untuk keluar dari blog ini sekarang juga ! 

Sejak dua menjak tiga menjak ni Atien selalu menitiskan air mata. 'Ya Allah,adakah aku dah tak kuat seperti dulu?? Tolonglah beri kekuatan kepada aku !' Yup, Atien rasa Atien dah tak kuat lagi. Semangat Atien yang dahulunya kuat, semakin lama semakin menghilang. Sekarang Atien mudah terasa a.k.a cepat sangat emosional... Macam tadi, Atien ada komen dekat gambar yang ada akak, tapi Atien tak rasa nak malukan akak sendiri. Sekali, ada akak yang dulu Atien sangka dia baik  komen *Akak tu memang baik tapi cara dia menegur orang tu tak bertempat langsung kut ! *. Terkedu Atien.. Ya Allah. Memang tak sangka. Dia seolah-olah ..*biarlah rahsia* Atien memang tak ada niat nak malukan akak sendiri. Atien cuma bergurau.. Mungkin gurauan Atien tu begitu mendalam bila akak ni baca..Sumpah. Atien memang tak berniat apa-apa. Even sampai mati sekali pun,  Atien tak ada apa-apa niat langsung.. Tapi dah disalah anggap oleh akak ni. Akak ni belum lagi kenal siapa Atien, perangai Atien macam mana . Sebab tu dia salah faham kot. Think positive ! ! !

Then, mak Atien tak pernah, macam mana sekalipun mak Atien marah dekat Atien, dia tak pernah cakap kepale otak dekat Atien. Memang deras lah air yang keluar dari mata ni mengalir. Sampai mata pun naik bengkak. Atien cakap dekat akak Atien yang Atien tak de niat apa-apa pun.  Atien memang mintak ampun, mintak maaf banyak-banyak. Lepasni Atien takkan ganggu  akak lagi okay?? Bergembiralah dengan kehidupan akak yang sekarang ni. Lepasni kalau nak pilih kawan, pilihlah yang baik, yang pandai jaga hati, bukan hati kita sendiri tapi hati orang lain...

Dan sekarang, benda tu hanya kitaorang bertiga je yang tahu, Atien , akak Atien and Akak yang baik :) and sekarang Atien cuma senyum :) untuk menutup semua kesedihan yang dialami. Cara terbaik untuk Atien bila sedih ialah, masuk bilik, tutup tingkap, kunci pintu dan pasang lagu kuat-kuat dan nangis.. :) perangai ciwek/cengeng/kuat menangis Atien sewaktu kecil dulu datang balik dekat Atien. Selama ni Atien cuma pendam je perasaan tu. Bila perangai kuat nangis Atien datang balik dekat Atien, setiap kali ada masalah Atien akak menangis. Tak kira dimana sahaja. Mungkin Allah beri perangai tu balik dekat Atien mugkin untuk mengurangkan tekanan perasaan yang ada pada diri Atien. :) Terima kasih Allah kerana KAU sahaja yang memahami aku sekarang ini :)


Senyum hanya luaran. Dalam hati siapa yang tahu :/
Senyum dapat menutup semua kesedihan yang dialami :')


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment...Do not use harsh words.. Have a Nice day!