Seperti yang sedia maklum, pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK P KAPAR akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula pada hari khamis ni bersamaan 10 haribulan mei 2012.
Dukacitanya, pada hari isnin bersamaan 14 mei 2012 Atien tak dapat ambil ujian Bahasa Inggeris.
Kenapa ???
Sebabnya adalah.......................................
Waktu tu Atien baru sampai rumah dari Langkawi.. Huaaaaaaaaaaa..
Actually Atien pergi langkawi tu sebab ade lawatan anjuran ahli jawatankuasa kampung..Mula2 nak pergi time cuti bulan 5. Tapi tapi tapi tetiba orang yang anjurkan tu cakap pergi minggu ni. Hari Jumaat lepas solat Isyak. Dan dijangka sampai sini balik jam 10 malam hari Isnin.
Dah bagi surat kat cikgu, tapi cikgu kata memang tak boleh ambil ujian. Sebab ade rakan sekelas Atien dia ada apointment dengan doktor, tapi tak boleh ambil ujian. Such a sad story.
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??
Kenapa sekarang tak boleh ambil ujian kalau dah cuti?? Kenapa tak boleh?? Bukan dulu boleh ke?? Kasihanilah daku...... Huaaaa....*Jerit tak puas hati*
Tapi Atien dah pasrah dah.. Benda nak jadi. Jadilah. Kawan2 Atien semua kata*tak payah pergi lah*. Boleh je.. Tapi ada sesiapa yang nak ganti duit RM 150 tu balik ke?? Cecita2.. Tak ade kan??
Tak kanlah RM150 burn macam tu aje. Atien cuma kesian kat ayah. dah carik duit penat2 sebab nak bagi Atien gembira. Sebab Atien tak pernah pergi Langkawi lagi.. -.-' Ayah Atien bukan tanggung Atien sorang je. Tapi 3 Orang tau..Atien, Mak dan adik Atien. Cuba kira berapa ratus yang ayah Atien dah belanja untuk keluarga Atien. Atien bukan orang senang macam awak2 semua....-.-' Tapi Atien juga kesiankan dekat keputusan yang akan Atien dapat nanti. Hati Atien berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak,. Tapi Atien dah serahkan semuanya pada yang maha Esa.
Harap2 cikgu beri peluang untuk Atien untuk mengambil ujian subjek Bahasa Inggeris... Amin....
Tolong doakan saye ye supaya dapat ambil ujian subjek Bahasa Inggeris..... Thank you sebab sudi baca entry Atien. Atien cuma dapat luahkan semuanya dekat sini dan juga Yang Maha Esa... =D
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment...Do not use harsh words.. Have a Nice day!